Tuesday, April 3, 2012

info banyakkan susu

Nak share something la dengan mommy out there about power pumping..
info from Kump ibu menyusu


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin. Utk awal2 buat sehari sekali dlm masa seminggu 

* power pumping hanya suggested utk mereka yg sdg mengalami masalah kurang susu.ia tidak sesuai diamalkan secara konsisten. utk elakkan over supply, pam setakat yg diperlukan sahaja.xperlu kosongkan breast smpai btl2 kosong. 

cth: kalau sehari cuma perlu 16oz & pam sehari 4x, setiap sesi bg dapat 4oz je.then stop. dengan cara ini, badan kita akan terbiasa utk hasilkan susu setakat yg diperlukan sahaja.(ini applicable utk mereka2 yg mmg xperlukan stok ebm yg byk je)

ok korang ada tambahan boleh share with me i baru start 2 hr...
wish me luck and selamat mencuba all mommies

5 comments:

  1. ohhh i sgt suka info ni...thanks for sharing! :)

    ReplyDelete
  2. insyallah. semoga Allah permudahkan ur bf journey =)

    ReplyDelete
  3. oo gitu ek.. tq info nih..

    smngat nk pump..

    ReplyDelete
  4. thanks..!!! sangat memerlukan info ni saat ni... nak cube buat malam ni..insyaallah..harap dipermudahkan..

    ReplyDelete